أهلا وسهلا ومرحبا بكم... Selamat Datang.. Welcome..

Selamat Datang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat Datang Ke Blog Badan Kebajikan Sekolah Agama UTM. Blog ini sedang dibangunkan, justeru itu kami mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan dan komen dari para pengunjung.

Terima Kasih,

admin web
mnsr1976@gmail.com

Wednesday, January 9, 2013

Ucapan Tahniah

Assalamualaikum. BKSAUTM mengucapkan tahniah kpd salah seorang AJK BKSAUTM iaitu PM Dr. Mohd Rosli Hainin kerana dinaikkan pangkat kepada Professor. Tahniah diucapkan dan kami tumpang gembira. Moga terus cemerlang!

Monday, January 7, 2013

Darjah Khas

Assalamualaikum. Pendaftaran dan pertemuan pertama kelas Darjah Khas pada 12 Januari 2013. Pendaftaran dibenarkan sehingga 19 Januari 2013. Waktu P&P dari 8 pg hingga 1 tgh. Anggaran bayaran yuran, badan kebajikan dan buku ialah RM200. Sekian, terima kasih.

BK SAUTM

Saturday, January 5, 2013

Bengkel Perancangan 2013 BKSAUTM

Sebahagian
peserta Bengkel Perancangan Badan Kebajikan
Sekolah Agama UTM yg diadakan di Bilik Seminar KTHO UTM.

Monday, December 31, 2012

Pembayaran Yuran 2013

Assalamualaikum wbh. wbt. & Salam 1Malaysia.

Untuk makluman staf UTM yang mempunyai anak belajar di Sek Agama UTM, dimaklumkan bahawa Sek Agama UTM akan membuat pungutan bayaran persekolahan 2013 seperti butiran berikut :

Tarikh : 1 Jan 2013 ( Selasa )
Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh & 2.00 ptg - 4.00 ptg.

Utk makluman lanjut, boleh hubungi Sek Agama UTM di sambungan 30180.

Sekian,harap maklum.


Abdul Razib b Hj Shahuddin
Pengerusi Badan Kebajikan SAUTM Sesi 2012-2014


d/a University Quality Unit
Level 3, Dewan Sultan Iskandar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru Johor

Tel : 607 5530894
Fax : 607 5530776
H/P : +6012 - 7558358
E-mail : abdrazib@utm.my/ abdrazib66@gmail.com

Thursday, September 27, 2012

Masa Depan SAUTM

Mesyuarat Bersama wakil-wakil UTM melibatkan Pengarah Pusat Islam, Pegawai Pusat Islam, PHB, Undang2 telah diadakan pada 26.09.12 bertempat di Bilik Mesuarat PIUTM. Mencari jalan melancarkan urusan pembangunan sekolah agama yang baru. doakan semoga proses ini dipermudahkan urusannya. amin
sumber: Ustazah Naemah Hamzah, PIUTM

Monday, September 24, 2012

Makluman

Pada 24 dan 25 Sept 2012, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kulaijaya mengadakan majlis pertandingan hafazan quran dan nasyid. SAUTM juga hantar wakil. Jadi SAUTM bercuti kerana guru-guru bertugas di Kulaijaya. Tkasih

Mesyuarat Badan Kebajikan SAUTM Kali Pertama

Mesyuarat Badan Kebajikan SAUTM sesi 2012/2013 kali pertama telah diadakan pada 20 September 2012 bermula jam 8.00 malam bertempat di Bilik Mesyuarat SAUTM.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yg Berusaha En Abd Razib bin Hj Sahahuddin, Pengerusi BK-SAUTM. Turut hadir ialah al-Fadhil Ustaz Jasni bin Basiron, Guru Besar SAUTM.


Mesyuarat kali ini membincangkan minit-minit Mesyuarat Agong yang lepas untuk diambil tindakan sewajarnya.


Mesyuarat berkahir jam 11.30 malam.